Lanjutan daripada email yang telah dihantar sebelum ini berkenaan Program MT Senior Junior yang akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad nanti. Jadi pada kesempatan ini , saya mengambil peluang untuk menerangkan secara ringkas objektif perlaksanaan program ini.
Antara objektifnya ialah :
1) Memberi peluang kepada senior dan junior untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
2) Mewujudkan medium perkongsian pengalaman hidup daripada senior kepada junior,khasnya junior batch 10.
3) Menyediakan ruang kepada junior untuk mendapatkan maklumat berhubung peluang-peluang akademik di korea selepas tamat pengajian di institut bahasa.
Untuk mencapai objektif ini, PPMK telah menyusun beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan tema program ini.( rujuk tentatif).
BUTIR-BUTIR PROGRAM MT SENIOR JUNIOR (PENTING)
NAMA TEMPAT : DAESAN MAEL(대산 마을)
TARIKH : 31 JULAI 2010 ~ 1 OGOS 2010
TEMPAT BERTOLAK : DONGYANG MIRAE UNIVERSITY
MASA BERTOLAK : 8 PAGI (SILA TEPATI WAKTU)
Dan berikut pula merupakan maklumat PENTING yang ingin kami sampaikan kepada anda semua berhubung dengan program tersebut :
1. Pada asalnya, tempoh perjalanan dari DMU ke sana hanya memakan masa selama 2 jam, tetapi maklumat terbaru yang diterima mengatakan bahawa trafik akan mengalami kesesakan teruk pada hari tersebut.
2. Oleh itu, bagi memastikan kelancaran program, kami telah memutuskan untuk bertolak lebih awal dan dengan harapan agar semua peserta dapat memberi kerjasama untuk menepati waktu yang telah ditetapkan.
3. Merujuk kepada tentatif yang telah diberikan, pada hari Ahad akan diadakan aktiviti luar seperti membuat 떡 dan juga 물고기 잡기 yang disediakan oleh pihak Daesan Mael. Oleh itu, setiap pelajar akan dikenakan bayaran dua ribu won(2000) untuk kita sama-sama menyertai aktiviti tersebut.
4. Sila bawa pakaian mandi yang bersesuaian kerana kita dijangka mandi sungai dan juga untuk aktiviti air yang lain.
Akhirnya, PPMK mengharapkan kerjasama semua dan semoga ianya mencapai objektif yang telah dirancang. Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
AJK PERUMAHAN & PENEMPATAN 09/10
AJK AKADEMIK & KERJAYA 09/10
JURUAUDIT DALAMAN 09/10
"Pengetahuan Untuk Pembangunan"
Persatuan Pelajar Malaysia Korea Sesi 2009 / 2010








